Kajian jangka masa menunggu di jabatan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia

Atan, Ashikin (2006) Kajian jangka masa menunggu di jabatan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia. Other. Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Jabatan Kecemasan bertanggungjawab memberi rawatan kecemasan kepada semua pesakit yang hadir tanpa sebarang diskriminasi. Secara ideal, pesakit tidak perlu menunggu untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan. Namun keadaan yang berlaku adalah sebaliknya. Kebanyakan pesakit yang bukan kes kecemasan terpaksa menunggu lama untuk menerima rawatan. Hal ini mampu memberi kesan buruk kepada keadaan kesihatan pesakit dan juga menyebabkan ketidakpuashatian terhadap rawatan di Jabatan Kecemasan Objektif : Kajian ini dijalankan untuk mengetahui jangka masa menunggu pesakit tidak kritital (zon hijau) di Jabatan Kecemasan HUSM dan membandingkan jangka masa ini dengan jangka masa yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan. Kajian ini juga adalah untuk mengkaji adakah masa kedatangan pesakit ke Jabatan Kecemasan HUSM mempengaruhi jangka masa mereka untuk menerima rawatan. Kaedah: Data 178 pesakit zon hijau yang tidak dimasukkan ke wad diperolehi termasuk data demografi, rujukan, masa triage dan juga masa dilihat oleh doktor. Data yang diperolehi dicatatkan dalam Borang Pengumpulan Data dan dianalisis menggunakan program SPSS. Keputusan: Purata jangka masa menunggu sebenar bagi pesakit zon hijau eli Jabatan Kecemasan HUSM adalah 71 ± SD 39.14 minit, lebih singkat berbanding jangka masa yang telah ditetapkan oleh pihakjabatan iaitu 120 mini (2 jam). 43.3% daripada pesakit dirawat dalam masa sejam, 48% dalam masa 2 jam manakala I 0.1 o/o dirawat selepas 2 jam. Daripada jumlah pesakit yang menunggu lebih d~pada 2 jam, 6 orang pesakit terpaksa menunggu lebih daripada 3 jam untuk mendapatkan rawatan. Keputusan kajian ini juga menunjukkan bahawa jangka masa menunggu dipengaruhi oleh kedatangan pesakit mengikut hari, syif dan waktu bekerja. Kesimpulan: Jangka masa menunggu sebenar pesakit zon hijau di Jabatan Kecemasan HUSM lebih singk.at berbanding dengan jangka masa yang ditetapkan Namun terdapat 10% pesakit yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan kecemasan di jabatan ini (>2 jam). Jabatan Kecemasan HUSM harus mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan jangka masa menunggu pesakit zon hijau.

Item Type: Monograph (Other)
Uncontrolled Keywords: jabatan kecemasan
Subjects: R Medicine
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Monograph
Depositing User: Mr Abdul Hadi Mohammad
Date Deposited: 31 Mar 2021 04:42
Last Modified: 31 Mar 2021 04:42
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48733

Actions (login required)

View Item View Item
Share