Pembangunan Dan Penilaian E-Modul Undang-Undang Kontrak Berasaskan Gaya Pembelajaran Vark: Suatu Kajian Kes

Yusof, Rohani Mm (2018) Pembangunan Dan Penilaian E-Modul Undang-Undang Kontrak Berasaskan Gaya Pembelajaran Vark: Suatu Kajian Kes. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (469kB) | Preview

Abstract

Strategi pengintegrasian bahan pembelajaran dan teknologi Internet semakin digunakan secara meluas dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Malah kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti Pelan Pelaksanaan Infrastruktur dan Infostruktur bagi meningkatkan kemudahan Internet di universiti awam. Namun keberkesanan penggunaan pembelajaran elektronik sebagai platform untuk penyampaian isi kandungan pelajaran dan untuk berinteraksi dengan pelajar merupakan suatu cabaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada e-Modul yang dibangunkan berasaskan gaya pembelajaran dan keperluan pelajar adalah berkesan untuk mempertingkat pencapaian pelajar. Kajian ini memilih topik Undang-undang Kontrak untuk dibangunkan memandangkan topik ini melibatkan isi kandungan yang sukar difahani seperti kes undang-undang perniagaan yang rumit. Kajian ini merupakan kajian kes yang melibatkan responden pelajar dari dua buah universiti awam iaitu Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara. Terdapat dua fasa utama dalam kajian ini iaitu fasa pembangunan e-Modul yang berpandukan model ADDIE dan fasa penilaian keberkesanan e-Modul. Dalam fasa pembangunan e-Modul, penentuan gaya pembelajaran pelajar berasaskan model VARK mendapati tiada gaya pembelajaran yang dominan dan pelajar adalah multimodal dalam pembelajaran mereka. Hasil dapatan analisis keperluan menunjukkan bahan pembelajaran yang diperlukan ialah definisi istilah, fakta kes dan seksyen yang terlibat, nota ringkas, peta minda, sumber rujukan serta soalan kajian kes manakala cara persembahan berlandaskan videografik serta permainan dianggap wajar digunakan dalam e-Modul tersebut

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (School of Distance Education) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 22 Feb 2021 08:39
Last Modified: 22 Feb 2021 08:39
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48382

Actions (login required)

View Item View Item
Share