Pengaruh Kepimpinan Instruksional Pengetua, Ketarasedar Organisasi, Dan Tanggapan Sokongan Organisasi Terhadap Sikap Optimistik Akademik Guru

Subramaniom, Sivasanggar (2019) Pengaruh Kepimpinan Instruksional Pengetua, Ketarasedar Organisasi, Dan Tanggapan Sokongan Organisasi Terhadap Sikap Optimistik Akademik Guru. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (399kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh kepimpinan instruksional pengetua terhadap sikap optimistik akademik guru, tanggapan sokongan organisasi, dan ketarasedar organisasi. Selain itu, kajian ini bertujuan mengkaji sama ada terdapat pengaruh moderasi tanggapan sokongan organisasi terhadap hubungan antara kepimpinan instruksional pengetua, dan ketarasedar organisasi dengan sikap optimistik akademik guru. Di samping itu, kajian ini bertujuan meneliti pandangan guru-guru tentang kepimpinan instruksional pengetua, ketarasedar organisasi, dan tanggapan sokongan organisasi dalam mempengaruhi sikap optimistik akademik guru. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan (KUAN-Kual) untuk memperoleh data. Bagi kaedah kuantitatif seramai 775 responden guru yang dipilih secara rawak daripada 155 buah sekolah menengah negeri Kedah Darul Aman dan Pulau Pinang. Data diperoleh daripada set soal selidik yang terdiri daripada lima bahagian. Soal selidik asal Kepimpinan Instruksional Pengetua iaitu Principal Instructional Management Rating scale yang diperkenalkan oleh Hallinger (1990) diterjemahkan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB). Manakala, ketarasedar organisasi pula diukur dengan menggunakan Skala Ketarasedar Organisasi Sekolah M-S (School Mindfulness Scale –M-Scale) oleh Hoy dan Gage (2003). Seterusnya, sikap optimistik akademik guru diukur dengan TAOS-S (Teachers Sense of Academic Optimism) oleh Hoy, Fahy dan Wu (2010).

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 04 Feb 2021 02:06
Last Modified: 04 Feb 2021 02:06
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48240

Actions (login required)

View Item View Item
Share