Adakah wujudnya satu kelas kapitalis dalam masyarakat Melayu tradisional ?

Liew, Peng Wai. (1988) Adakah wujudnya satu kelas kapitalis dalam masyarakat Melayu tradisional ? Other. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Memang tidak dapat di nafikan bahawa pelayaran merupakan satu aspek yang penting dalam masyarakat Melayu tradisional.Pelayaran telah lama menjadi penghubung yang penting di antara masyarakat di segenap pelosok dunia ini baik untuk tujuan diplomasi mahupun untuk tujuan perdagangan.Dalam konteks perdagangan pelayaran telah menyediakan satu perantaraan komunikasi yang penting kepada saudagar-saudagar dari seluruh dunia untuk berhubung dan menjalankan aktiviti perdagangan mereka. Contohnya melal~i jalan laut ini China berjaya mengadakan perhubungan dengan India dan juga bahagian utara dan barat Indonesia dengan India.Melalui pelayaran ini juga agama Islam telah berjaya berkembang ke segenap pelosok dunia. Aktiviti-aktiviti yang di jalankan melalui jalan laut ini telah mengakibatkan kewujudan pelabuhan dan pusat perdagangan baik di Eropah mahupun di rantau Asia Tenggara, Di Eropah kita dapati bahawa Venice di Itali telah berjaya muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang terpenting.Sebaliknya dalam konteks Asia Tenggara pula kita dapati bahawa Melaka telah berjaya muncul sebagai sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan yang terpenting terutama pada abad ke 15.

Item Type: Monograph (Other)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Monograph
Koleksi Bahasa Melayu (Malay Language Collection) > Monograph
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 01 Feb 2021 04:18
Last Modified: 01 Feb 2021 04:21
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48224

Actions (login required)

View Item View Item
Share