Ismail, Mohammad Ghazi
(2018)
Efisiensi Pengurusan Air Tidak Berhasil
(Nrw) Di Negeri Kelantan; Kajian Kes Bechah
Tendong.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Negeri Kelantan mencatatkan kadar NRW tinggi setiap tahun ke belakangan ini.
Antara kawasan yang mencatat paras NRW tertinggi ialah Bechah Tendong dengan nilai
62%. Kajian ini bertujuan mengenalpasti permasalahan NRW, implikasi kewangan,
menilai tahap kesedaran awam dan membangunkan SOP komprehensif. Analisis data
kualitatif telah dilakukan menggunakan Perisian QSR Nvivo. Nisbah faedah-kos (BCR),
Tempoh bayar balik (PBP), Pulangan atas pelaburan (ROI), Nilai kini bersih (NPV)
digunakan bagi penilaian ekonomi. Hasil analisis Nvivo mendapati isu yang paling
dominan dan memberi kesan besar dalam pelaksanaan NRW adalah berkaitan dengan
pelaksanaan kerja, kekangan dalam melaksanakan kerja dan kontrak serta kurang
kefahaman konsep pengurusan NRW yang menjadi isu besar kepada kegagalan
pelaksanaan NRW dengan berkesan. Nilai indikator ekonomi yang diperoleh adalah
BCR= 1.03, PBP = 9.32, ROI (%) = 6.40 dan NPV= RM 405,576.82. Berdasarkan
analisis kolerasi, hubungan paling signifikan diperolehi di antara masalah sikap dan
undang-undang dengan nilai pekali korelasi pearson, r=0.364. Hasil kajian menunjukkan
paras NRW semasa berjaya dikurangkan sebanyak 17.35% iaitu daripada 62% menjadi
44.65% bagi tempoh 5 tahun (2014-2018). Kesimpulan, kajian ini mempunyai potensi
untuk menjana pendapatan melalui penjimatan kepada pihak berkaitan. Seterusnya,
merealisasikan hasrat keefisienan pengurusan NRW dicapai.
Actions (login required)
|
View Item |