Institusi Madrasah Dalam Gerakan Politik Kepartian Dan Perjuangan Menuntut Kemerdekaan Di Perak, 1900-1957

Taib, Muhamad Naim Md. (2018) Institusi Madrasah Dalam Gerakan Politik Kepartian Dan Perjuangan Menuntut Kemerdekaan Di Perak, 1900-1957. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (484kB) | Preview

Abstract

Kajian ini mengkaji pengaruh institusi madrasah dan kepimpinan mereka dalam pergerakan politik dan perjuangan untuk kemerdekaan di Tanah Melayu. Tumpuan utama kajian ini adalah untuk membincangkan sumbangan institusi agama dalam perjuangan anti-penjajahan dan Kemerdekaan Tanah Melayu berdasarkan peranan parti politik agama yang terdapat di Perak sehingga tahun 1957. Sehingga kini, banyak ahli sejarah percaya bahawa gerakan keagamaan yang disokong oleh kumpulan reformis Islam yang bernama ‘Kaum Muda’ kurang sokongan masyarakat dan pengaruhnya mula berkurang sejak tahun 1930-an. Peranannya telah diambil alih oleh pergerakan politik sekular moden yang muncul dengan ketara pada tahun 1920- an. Kajian ini sebaliknya cuba menunjukkan bahawa gerakan politik 'Kaum Muda' di madrasah menjadi semakin menonjol dan aktif, hingga mencabar pihak British terutama sejak tahun 1940-an.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-253 Islam
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Aizat Asmawi Abdul Rahim
Date Deposited: 21 Jan 2021 07:00
Last Modified: 21 Jan 2021 07:00
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48158

Actions (login required)

View Item View Item
Share