Pelancongan budaya warisan dan identiti etnik : kajian etnografi masyarakat India Muslim di Pulau Pinang

Azmi, Ezwani (2014) Pelancongan budaya warisan dan identiti etnik : kajian etnografi masyarakat India Muslim di Pulau Pinang. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini secara keseluruhannya ingin mengkaji dan mengenalpasti produk budaya warisan masyarakat India Muslim yang dibangunkan untuk industri pelancongan warisan di Pulau Pinang. Kajian ini turut mengupas bagaimana warisan identiti etnik India Muslim 'digunakan' oleh Pertubuhan India Muslim dan masyarakat India Muslim untuk dibangunkan sebagai satu produk pelancongan di Pulau Pinang bukan sahaja untuk tujuan 'tatapan pelancong' tetapi untuk memastikan warisan identiti etnik India Muslim dapat dikekalkan dan diperkuatkan. Konflik dan dilema identiti etnik yang dial ami oleh masyarakat India Muslim sering menj adi isu perdebatan. W alau bagaimanapun, situasi ini menjadi pencetus kepada usaha masyarakat India Muslim untuk mempromosikan produk budaya dan warisan mereka. Pengiktirafan bandar Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia menjadi satu medium kepada masyarakat India Muslim di Pulau Pinang untuk menonjolkan warisan budaya mereka melalui pelbagai program dan yang paling popular adalah Perayaan Hari Kebudayaan dan Warisan India Muslim yang diadakan setiap tahun pada hari sambutan Hari Warisan Sedunia di Pulau Pinang. Tumpuan lokasi kajian ini adalah di sekitar Georgetown, Pulau Pinang terutama di Masjid Kapitan Keling yang termasuk dalam zon Tapak Warisan Dunia. Penyelidikan ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah etnografi secara temubual mendalam dan pemerhatian.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 20 Jan 2021 07:35
Last Modified: 20 Jan 2021 08:32
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48144

Actions (login required)

View Item View Item
Share