Keberkesanan Pembelajaran Teradun Terhadap Kesediaan Pembelajaran Terarah Kendiri Dan Pencapaian Murid Dalam Subjek Ekonomi Asas

Krishnan, Sashi Kala (2018) Keberkesanan Pembelajaran Teradun Terhadap Kesediaan Pembelajaran Terarah Kendiri Dan Pencapaian Murid Dalam Subjek Ekonomi Asas. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (755kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan pembelajaran teradun terhadap kesediaan pembelajaran terarah kendiri (SDLR) dan pencapaian murid dalam subjek Ekonomi Asas. Variabel SDLR dikaji berdasarkan tiga dimensi utama iaitu dimensi pengurusan kendiri, dimensi keinginan untuk belajar dan dimensi kawalan kendiri. Tiga model pembelajaran teradun iaitu model Station Rotation (SR), model Flipped Classroom (FC) dan model Lab Rotation (LR) dipilih sebagai model intervensi kajian. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk eksperimen kuasi dengan ‘Reka Bentuk Ujian Pra-Ujian Pasca Kumpulan Kawalan Tidak Setara’. Seramai 132 orang murid tingkatan empat dari empat buah sekolah menengah harian diagihkan kepada empat kumpulan iaitu tiga kumpulan ekperimen yang menjalani pembelajaran menggunakan model FC, SR dan LR dan satu kumpulan dijadikan sebagai kumpulan kawalan yang menjalankan pembelajaran secara konvensional. Sampel dari keempat-empat sekolah merupakan kumpulan murid yang sedia ada ataupun intact group. Tiga hipotesis telah diuji. Prosedur Analysis of Covariance (ANCOVA) digunakan untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min SDLR dan prestasi pencapaian bagi keempat-empat kumpulan. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk mengkaji hubungan antara kedua-dua variabel tersebut. Temu bual separa berstruktur telah dijalankan untuk mengetahui persepsi murid terhadap kesediaan menjalankan pembelajaran terarah kendiri serta dimensi-dimensinya.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 27 Nov 2020 02:55
Last Modified: 27 Nov 2020 02:55
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/47947

Actions (login required)

View Item View Item
Share