Model Kesejahteraan Psikologi Berasaskan Ihsan Kendiri, Sokongan Sosial Dan Kesejahteraan Spiritual Dalam Konteks Guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Mokhtar, Salina (2018) Model Kesejahteraan Psikologi Berasaskan Ihsan Kendiri, Sokongan Sosial Dan Kesejahteraan Spiritual Dalam Konteks Guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (295kB) | Preview

Abstract

Guru Pendidikan Khas yang mengajar murid berkeperluan khas bagi kategori masalah pembelajaran (GPKMP) menghadapi pelbagai isu yang menjejaskan kesejahteraan psikologi seperti tekanan, compassion fatigue dan burnout dalam pekerjaan. Penekanan yang kurang diberikan kepada aspek kesejahteraan psikologi telah menyebabkan kesan negatif kepada GPKMP. Justeru kajian ini bertujuan membina model kesejahteraan psikologi berasaskan ihsan kendiri, sokongan sosial dan kesejahteraan spiritual dalam konteks GPKMP dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Zon Utara Malaysia. Kajian dijalankan terhadap 322 GPKMP di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Teknik pensampelan pelbagai peringkat digunakan dan dijalankan melalui teknik pensampelan rawak strata mengikut kadar dan teknik pensampelan rawak mudah berkelompok. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menerusi kaedah tinjauan berdasarkan reka bentuk keratan rentas dan melibatkan empat instrumen iaitu soal selidik Ihsan Kendiri, Rangkaian Sokongan Sosial, Kesejahteraan Spiritual dan Kesejahteraan Psikologi. Kaedah analisis yang sistematik digunakan dalam menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik. Penganalisisan data kajian adalah menggunakan analisis deskriptif berbantukan perisian SPSS dan analisis inferensi pula menggunakan Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) berbantukan perisian Smart PLS 3.0.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 27 Nov 2020 02:52
Last Modified: 27 Nov 2020 02:52
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/47945

Actions (login required)

View Item View Item
Share