Yusof, Masarah Mohamad
(2017)
Masalah, Strategi Daya Tindak Dan Keperluan Mangsa Keganasan Rumah Tangga Wanita Melayu Di Pulau Pinang.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk: (1) Mengkaji faktor-faktor penyumbang berlakunya keganasan rumah tangga; (2) Menganalisis perkaitan budaya Melayu dalam masalah keganasan rumah tangga; (3) Mengkaji faktor-faktor pendorong mangsa membebaskan diri daripada masalah keganasan rumah tangga; (4) Menganalisis bentuk-bentuk daya tindak mangsa keganasan rumah tangga; (5) Menganalisis bentuk-bentuk keperluan perancangan mangsa selepas berjaya membebaskan diri daripada keganasan rumah tangga; dan (6) Mencadangkan satu rangka keperluan intervensi kerja sosial dan perkhidmatan yang bersesuaian ke arah kefungsian sosial mangsa keganasan rumah tangga. Kajian ini telah menggunakan teori sistem, pendekatan ekologikal, teori feminis dan teori daya tindak sebagai kerangka teoritikal bagi membantu memahamiserta menjelaskan perhubungan mangsa dan persekitaran sedia ada dengan masalah keganasan rumah tangga.
Actions (login required)
|
View Item |