Penghijrahan Masyarakat Melayu Ke Kerian, Perak, 1816-1941

Sharif, Siti Noor Hafizah Mohamed (2019) Penghijrahan Masyarakat Melayu Ke Kerian, Perak, 1816-1941. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah berkaitan dengan penghijrahan masyarakat Melayu ke Kerian bermula pada tahun 1816 hingga 1941. Kajian ini membincangkan aspek penghijrahan dalaman masyarakat Melayu bagi menilai sejauh mana kebenaran pandangan pentadbir British dan sarjana-sarjana terdahulu berkenaan sikap masyarakat Melayu yang dikatakan pasif dan enggan meninggalkan petempatan asalnya sebagai asbab kemunduran masyarakat Melayu dalam aspek ekonomi semasa penjajahan British. Penghijrahan sebelum penjajahan British turut dibincangkan dalam kajian ini bagi melihat adakah wujud kesinambungan dalam penghijrahan Melayu sebelum dan semasa penjajahan British. Kajian berkaitan penghijrahan Melayu ini juga bertujuan membuktikan sumbangan masyarakat Melayu dalam ekonomi terutama dalam pembangunan tanah untuk aktiviti pertanian semasa penjajahan British. Bagi memenuhi objektif kajian dan merungkai permasalahan kajian berkaitan penghijrahan Melayu ini, kedua-dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif digunakan, manakala sumber yang digunakan adalah sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer yang dirujuk dalam kajian ini adalah rekod-rekod kolonial seperti Laporan Tahunan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Straits Settlemets Record, Warta Kerajaan (Gazet), Buletin Pertanian, Fail- fail kerajaan, catatan-catatan pentadbir British di Tanah Melayu, Laporan Banci Penduduk dan juga rekod dari Pejabat Kolonial (Colonial Office/CO).

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > D1-2027 History (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 23 Nov 2020 04:21
Last Modified: 23 Nov 2020 04:21
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/47933

Actions (login required)

View Item View Item
Share