Bagu., Linah
  
(1989)
Kedudukan Kaum Wanita Melayu Dalam Bidang
Pendidikan Di Antara Tahun 1920 - 1940.
( Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ).
    Project Report.
    Universiti Sains Malaysia.
  
   (Submitted)
  
  
  
    
  
    
      
      
    
  
  
    
  
  
    Abstract
    Tajuk tugasan ini ialah mengenai kedudukan kaum Wanita Melayu dalam
bidang Pendidikan di antara tahun 1920 - 1940. Fokus perbincangan saya
lebih tertumpu kepada kaum wanita Melayu di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu yang terdiri daripada negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang. Saya· memilih Negeri-negeri Melayu Bersekutu kerana
di sinilah bermulanya Inggeris bertapak di Tanah Melayu secara rasmi
iaitu melalui Perjanjian Pangkor 1874. Secara langsung, Inggeris memperkenalkan
berbagai-bagai dasar baru terutama dasar Pendidikan yang
kemudiannya membawa perubahan kepada masyarakat Melayu khususnya sikap
terhadap pendidikan kaum_ wanita Melayu.
  
  
  
  
  
    Actions (login required)
    
    
      
          | 
        View Item |