Isa, Anniliza Binti Mohd and Mydin, Al-Amin Bin and Abdullah, Abdul Ghani Kanesan Bin and Rasidi, Wan Fadhlurrahman W. Md.
(2020)
Transformasi Pendidikan Tahap 1 : Peperiksaan Ke Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Kesan
Terhadap Autonomi Guru.
In:
Isu dan cabaran dalam pendidikan: Strategi dan inovasi.
Kaizentrenovation Sdn. Bhd., pp. 218-231.
Abstract
Pemansuhan peperiksaan tahap 1 dan pelaksanaan PBD sebagai bentuk penilaian murid telah
mula dilaksanakan pada tahun 2019. Kajian ini adalah untuk melihat kesan perubahan ini
terhadap autonomi guru iaitu dengan mengenalpasti tahap autonomi guru, perbezaan
autonomi guru berdasarkan demografi serta mengenalpasti samada peperiksaan
pertengahan tahun dan akhir tahun masih dijalankan di sekolah sebagai sebahagian dari PBD.
Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan mengunakan instrumen soal selidik terhadap
58 orang guru sekolah rendah yang mengajar tahap 1 dengan sampel dipilih secara rawak
mudah. Dapatan kajian ini menunjukkan autonomi guru berada pada tahap tinggi dan aspek
pendidikan pempunyai perbezaan yang signifikan kepada autonomi guru selain lebih separuh
responden masih mengamalkan peperiksaan formatif sebagai sebahagian dari PBD. Isu dan
cabaran autonomi guru dalam PBD dibincangkan dengan cadangan terhadap peranan
pentadbir sekolah, PPD, JPN dan KPM dalam pengupayaan guru, kesedaran guru tentang
peningkatan akauntabiliti seiring dengan peningkatan autonomi serta kajian impak
berterusan.
Actions (login required)
|
View Item |