Persepsi Pelajar Terhadap Persekitaran Pembelajaran Fizik Dan Hubungannya Dengan Sikap Pelajar Terhadap Fizik Di Sekolah Kawasan Felda.

Jusoh, Azman (2002) Persepsi Pelajar Terhadap Persekitaran Pembelajaran Fizik Dan Hubungannya Dengan Sikap Pelajar Terhadap Fizik Di Sekolah Kawasan Felda. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (743kB) | Preview

Abstract

Sejak tiga dekad yang laIu, pengkaji-pengkaji pendidikan antarabangsa telah menunjukkan pertambahan minat yang mendalam ke atas kajian terhadap ciri-ciri psikososial persekitaran pembelajaran. Implikasi praktikaI daripada kajian ini iaIah, basil-basil pembelajaran pelajar mungkin boleh ditingkatkan melalui pembentukan persekitaran pembelajaran yang Iebih kondusif untuk proses pembelajaran pelajar. Persepsi pelajar ke atas persekitaran pembelajaran, dan bubungannya dengan basil-hasil pembelajaran pelajar merupakan salah satu tradisi kajian yang terdapat dalam bidang ini. DaIam kajian ini, objektif kajian dijaIankan adalah untuk mengkaji:- persepsi pelajar ke atas persekitaran pembelajaran Fizik, sikap pelajar terhadap Fizik, hubungan di antara persekitaran pembelajaran Fizik dengan sikap pelajar terhadap Fizik, dan perbezaan persepsi pelajar ke atas persekitaran pembelajaran sebenar Fizik dengan persekitaran pembelajaran Fizik yang diinginkan. Data diperolehi melalui instrumen SPPSF yang diberikan kepada 506 pelajar Fizik di sekolah kawasan Felda. Analisis statistik deskriptif, ujian-t dan tiga teknik analisis korelasi digunakan untuk menganalisis data yang dikumpu1kan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 30 Jun 2020 06:56
Last Modified: 30 Jun 2020 06:56
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46657

Actions (login required)

View Item View Item
Share