Liputan Jenayah Rasuah Dalam Akhbar Tempatan: Satu Kajian Kes.

Arbak, Arinie Aslinda (2005) Liputan Jenayah Rasuah Dalam Akhbar Tempatan: Satu Kajian Kes. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (719kB) | Preview

Abstract

Jenayah rasuah merupakan satu masalah ''universal'', bukan sahaja dihadapi oleh negara-negara membangun seperti Malaysia, tetapi juga negara-negara maju di seluruh dunia. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan liputan meluas tentang jenayah rasuah yang dilaporkan oleh akhbar yang dikaji. Sebagai media cetak utama, akhbar memainkan peranan penting dalam menyebarkan berita dan laporan terkini kepada masyarakat. Pelbagai maklumat dan topik perbincangan dapat diketahui oleh masyarakat melalui akhbar, antaranya ialah liputan tentang jenayah. Di samping liputan tentang jenayah pembunuhan, samun, rompakan, rogol, ragut dan beberapa jenayah ganas yang lain, akhbar juga telah menjadi salah satu media massa penting yang melaporkan jenayah rasuah di kalangan masyarakat. Analisis kandungan akhbar telah dijalankan untuk melihat bentuk pelaporan jenayah rasuah dalam akhbar Utusan Malaysia termasuk Mingguan Malaysia dari 1 Mei 2004 hingga 30 April 2005. Selain itu, temubual bersemuka juga telah dijalankan dengan Pengarang Kumpulan Utusan untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang pelaporan jenayah rasuah secara lebih terperinci.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media
Divisions: Pusat Pengajian Komunikasi (School of Communication) > Thesis
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 30 Jun 2020 06:15
Last Modified: 30 Jun 2020 06:15
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46654

Actions (login required)

View Item View Item
Share