Mat Jiddin, Kasran
(2012)
Pembinaan Dan Penilaian Modul Pengajaran
Teknik Mewarna Cat Air Subjek Pendidikan Seni Visual
Untuk Guru Bukan Opsyen.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Sebahagian besar guru-guru mengajar subjek Pendidikan Seni Visual di sekolah
rendah terdiri daripada mereka yang bukan opsyen. Faktor guru antara punca dikenal
pasti subjek ini kurang diminati oleh murid kerana guru yang mengajar tidak
berkelayakan. Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai satu modul
pengajaran dalam subjek Pendidikan Seni Visual berpandukan Model Reka Bentuk
Instruksi Dick, Carey dan Carey (2009). Kajian ini turut melihat aspek teknikal
kemahiran sampel kajian menghasilkan cat air menggunakan Modul Pengajaran
Teknik Mewarna Cat Air (Modul PTMCA) yang dibangunkan oleh penyelidik.
Matlamat kajian ini adalah untuk membentuk satu model penghasilan catan cat air
bagi kegunaan guru yang tidak mempunyai latar belakang kemahiran Pendidikan
Seni Visual. Kaedah QUAN-QUAL digunakan dalam kajian ini terdiri daripada alat
soal selidik, borang pemerhatian, analisis dokumen dan protokol temu bual. Seramai
tiga puluh (n=30) orang sampel kajian dari IPG Kampus Ipoh telah mengikuti
penilaian ini. Dapatan kajian telah membentuk satu model pangajaran teknik
mewarna cat air. Model dinamakan sebagai Model KLEAR berdasarkan singkatan
perkataan KONSEP, LAKARAN, EKSPERIMENTASI, APLIKASI, dan REFLEKSI.
Penilaian dibuat berdasarkan hasil kerja mewarna sampel kajian menggunakan
piawai subjek Pendidikan Seni Visual peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Analisis
triangulasi mendapati modul yang dibangunkan berjaya meningkatkan
pencapaian sehingga 60 peratus berbanding tinjauan awal hanya 10.90 peratus.
Kajian ini mendapati Modul PTMCA mudah difahami dengan baik buat mereka yang
lemah dalam kemahiran teknik mewarna cat air. Kesemua penilai pakar bersetuju
modul yang dibangunkan ini dapat menyumbang kepada dimensi keilmuan dalam
bidang Pendididikan Seni Visual.
Actions (login required)
|
View Item |