Analisis Pemilihan Dan Percampuran Bahasa Dalam Masyarakat Melayu Di Wilayah Sempadan Selatan Thailand

Isayah, Kamaruddin (2019) Analisis Pemilihan Dan Percampuran Bahasa Dalam Masyarakat Melayu Di Wilayah Sempadan Selatan Thailand. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini merupakan kajian sosiolinguistik yang menerangkan fenomena pemilihan dan percampuran bahasa dalam kalangan penutur dialek Melayu Patani di wilayah sempadan selatan Thailand. Tiga buah wilayah sempadan selatan Thailand, iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat dijadikan tempat kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis fenomena pemilihan bahasa dan faktor-faktor yang mempengaruhinya; menganalisis fenomena percampuran bahasa dan faktor-faktor yang mempengaruhinya; dan meneliti pola penggunaan dialek Melayu Patani dalam masyarakat Melayu di wilayah sempadan selatan Thailand tersebut. Data kajian yang dipungut ialah data kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif pemilihan bahasa dalam domain kekeluargaan, persahabatan, keagamaan, pekerjaan dan pendidikan diperoleh dengan menggunakan instrumen borang soal selidik yang mengandungi 92 soalan. Data soal selidik ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Data kuantitatif ini disokong oleh data kualitatif tentang pemilihan bahasa dan percampuran bahasa yang diperoleh menerusi pemerhatian dan rakaman. Di samping data faktor-faktor yang menentukan pemilihan bahasa dan percampuran bahasa serta etnografi penutur dialek Melayu Patani pula diperoleh menerusi pemerhatian dan wawancara. Data yang diperoleh, dianalisis dengan menggunakan dua kerangka teoretis, iaitu pendekatan sosiologi untuk analisis penggunaan bahasa dalam domain (Fishman, 1972) dan etnografi komunikasi (Hymes, 1974).

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Access full text: Off Campus Log In Via OpenAthens
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 24 Jun 2020 07:34
Last Modified: 24 Jun 2020 07:34
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46607

Actions (login required)

View Item View Item
Share