Sejarah migrasi dan dasar pemerintahan Gia Long dan Minh Manh ke atas masyarakat Minh Huong di Hoi An, 1820-1840

Ku, Boon Dar (2019) Sejarah migrasi dan dasar pemerintahan Gia Long dan Minh Manh ke atas masyarakat Minh Huong di Hoi An, 1820-1840. The Malaysia and International History Review, 1. pp. 1-15. ISSN 2682-8839

[img]
Preview
PDF
Download (419kB) | Preview

Abstract

Masyarakat Minh Huong merupakan komuniti Cina yang berhijrah dari China ke Vietnam pada akhir abad ke-17. Kumpulan ini melarikan diri ke bahagian selatan sehingga sampai di Vietnam sebagai tempat perlindungan sementara selepas kegagalan pemberontakan Sanfan Zhi Luan (Revolt of Three Feudatories, 1673-1681) yang bertujuan memulihkan pemerintahan Dinasti Ming (1368–1644) di China. Kumpulan ini akhirnya memutus untuk terus menetap di Vietnam setelah orang Manchu berjaya mendirikan Dinasti Qing (1644-1911) di China. Justeru, makalah ini cuba menyusur galur sejarah pembentukan masyarakat Minh Huong di Vietnam dengan meninjau faktor-faktor penghijrahan komuniti tersebut. Selain itu, makalah ini juga akan mengkaji langkah-langkah yang diambil oleh Maharaja Gia Long dan Maharaja Minh Mang di Vietnam terhadap gelombang penghijrahan masyarakat Ming Huong ke Vietnam sepanjang tempoh pemerintahan kedua-dua raja tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menekankan kepada penganalisaan dokumen rasmi Dinasti Nguyen di Vietnam dan Dinasti Qing di China. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa akhirnya Maharaja Gia Long dan Minh Mang terpaksa menerima dan mengiktiraf masyarakat Minh Huong dengan memberi status yang sama seperti rakyat Vietnam (Kinh) demi kelangsungan dan kestabilan politik di Vietnam menjelang abad ke-19.

Item Type: Article
Subjects: D History General and Old World > DS Asia > DS520-560.72 Southeast Asia
Divisions: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (School of Distance Education) > Article
Zoom Profil Pakar (Expert Profile) > Ku Boon Dar (Distance Education)
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 20 Apr 2020 05:09
Last Modified: 20 Apr 2020 05:09
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46552

Actions (login required)

View Item View Item
Share