Keberkesanan poster terhadap pembentukan perenggan karangan pelajar sekolah menengah

Hashim, Nornazirah Md and Bdusah, Jamaludin (2019) Keberkesanan poster terhadap pembentukan perenggan karangan pelajar sekolah menengah. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 241-248. ISBN 9789674614331

[img]
Preview
PDF
Download (665kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan poster terhadap kemahiran menulis karangan dari segi pembentukan perenggan. Kajian ini berbentuk kajian eksperimen yang dilakukan di sebuah sekolah menengah harian biasa, daerah Ledang. Seramai 40 orang pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu 20 orang pelajar terdiri daripada kumpulan kawalan, manakala 20 orang pelajar pula terdiri daripada kumpulan eksperimen. Instrumen kajian ini menggunakan set soalan penulisan karangan yang telah digubal untuk kedua-dua kumpulan bagi ujian pra dan ujian pasca. Data diperoleh dengan menggunakan ujian-t dua sampel dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for the Social Science (SPSS 22.0). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemahiran menulis karangan dari segi pembentukan perenggan karangan dalam kalangan pelajar bagi ujian pra antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dengan nilai-t (38)=0.17, p>0.05. Selepas rawatan diberikan, terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemahiran menulis karangan dari segi pembentukan perenggan karangan dalam kalangan pelajar bagi ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dengan nilai-t (38)=-11.49, p<0.05. Dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan elemen poster semasa proses pengajaran penulisan karangan dapat meningkatkan tahap pencapaian pelajar terhadap kemahiran menulis karangan dari segi pembentukan perenggan. Implikasi penerapan elemen poster sebagai strategi pembelajaran berpusatkan bahan dapat mendorong pelajar untuk menguasai kemahiran menulis karangan dengan lebih baik dan tersusun malah pelajar mampu untuk menghasilkan sebuah karangan yang berkualiti dari segi pembentukan perenggan serta mempunyai pautan idea untuk diolah bagi membentuk ayat yang gramatis dan lengkap

Item Type: Book Section
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Divisions: Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 14 Apr 2020 06:45
Last Modified: 14 Apr 2020 06:45
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46547

Actions (login required)

View Item View Item
Share