Strategi pembelajaran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Wilayag Yala, Selatan Thailand

Song, Muhammad Alee and Mohammad, Wan Muna Ruzanna Wan (2019) Strategi pembelajaran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Wilayag Yala, Selatan Thailand. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 217-224. ISBN 9789674614331

[img]
Preview
PDF
Download (782kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan strategi pembelajaran bahasa Melayu (SPBM) bagi kemahiran membaca dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di wilayah Yala, Selatan Thailand. Kajian ini berlandaskan Klasifikasi Strategi Pembelajaran Bahasa (Wenden, 1991) yang membahagikan strategi pembelajaran kepada dua, iaitu (i) strategi kognitif: memilih maklumat, memahami, simpan, dan dapatkan semula maklumat; dan (ii) strategi pengurusan diri: memantau atau menguruskan proses pembelajaran seperti pembelajaran kendiri. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih secara rawak mudah bagi menjawab borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Science (SPSS) versi 23.0 dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar IPT mempunyai tahap penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu pada tahap yang sederhana (3.23). Tumpuan ketika guru membaca teks bahasa Melayu (min, 3.60) merupakan SPB yang paling kerap digunakan oleh pelajar IPT di Yala. Kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dan guru bagi memilih strategi pembelajaran bahasa yang sesuai supaya dapat meningkatkan tahap penguasaan membaca bahasa Melayu dalam kalangan pelajar khususnya pelajar yang mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa asing.

Item Type: Book Section
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Divisions: Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 10 Apr 2020 07:46
Last Modified: 10 Apr 2020 07:46
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46543

Actions (login required)

View Item View Item
Share