Terapi doh dalam meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis huruf murid tahun satu sekolah rendah di pedalaman

Ismail, Mohd Fadhil and Mahamod, Zamri (2019) Terapi doh dalam meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis huruf murid tahun satu sekolah rendah di pedalaman. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 209-216. ISBN 9789674614331

[img]
Preview
PDF
Download (663kB) | Preview

Abstract

Kajian berbentuk kualitatif ini merupakan kajian tindakan yang bertujuan untuk melihat sejauh mana aktiviti terapi menggunakan doh dapat membantu dalam penguasaan mengenal dan menulis huruf dalam kalangan murid tahun satu. Kajian tindakan ini dijalankan terhadap empat orang murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan Nanga Nansang, Song yang dijadikan sampel dalam kajian ini. Dalam kajian ini juga pengkaji menggunakan instrumen melalui pemerhatian dan temubual. Alat kajian terdiri daripada ujian diagnostik (awal dan akhir), analisis dokumen, nota lapangan dan senarai semak. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian peserta kajian selepas intervensi berdasarkan peningkatan keputusan ujian awal dan akhir selepas beberapa dua kali pusingan intervensi. Hasil pemerhatian pengkaji yang dicatat pada nota lapangan dan dirakam menggunakan rakaman video juga menunjukkan peserta kajian berminat dan melibatkan sepanjang intervensi dijalankan. Pengkaji juga merekod video sebagai bukti kepada penglibatan dan tindak balas peserta kajian sepanjang kajian dijalankan melalui pengajaran dan pembelajaran mengenal dan menulis huruf mengunakan doh. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan terdapat hubungan antara terapi membentuk huruf dengan menggunakan doh dengan penguasaan kemahiran mengenal menulis huruf di mana setelah mengenal huruf, murid secara tidak langsung dapat menulis huruf tersebut dengan baik.

Item Type: Book Section
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 10 Apr 2020 02:00
Last Modified: 10 Apr 2020 02:00
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46542

Actions (login required)

View Item View Item
Share