Irahimi, Nur Hamimah Muhammad and Abu, Norsofiah Bakar and Yusoff, Radiah (2019) Kajian linguistik dan kesantunan yang menggunakan facebook di Malaysia : satu tinjauan literatur. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 87-91. ISBN 9789674614331
|
PDF
Download (642kB) | Preview |
Abstract
Kesantunan ialah satu bentuk perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983). Interaksi dengan penggunaan bahasa yang tepat merupakan kesantunan bahasa yang menjadi asas untuk menjamin keharmonian perbualan antara penutur dan pendengar (Grice, 1975; Grundy, 2000; Rabahyah dan Zaitul Azma, 2017). Kesantunan bahasa yang digunakan di laman facebook oleh pengguna di Malaysia menunjukkan pelbagai fungsi dan maksim dalam penyampaian mereka secara tulisan. Sebagai contoh, meminta, mendesak, menyatakan, beramah tamah, mengecam dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengkaji kesantunan bahasa yang digunakan dalam ruangan komen di laman facebook. Kajian ini adalah untuk menganalisis kajian linguistik yang menggunakan laman facebook oleh pengguna di Malaysia. Kajian ini juga untuk mengenal pasti kajian linguistik tentang kesantunan bahasa di laman facebook oleh pengguna di Malaysia berdasarkan kajian-kajian terdahulu. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan yang merujuk kajian-kajian lepas sebagai bahan kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat banyak kajian linguistik yang dilakukan dengan menggunakan facebook di Malaysia. Namun begitu, kajian kesantunan bahasa yang menggunakan facebook adalah kurang dilakukan khususnya kajian di Malaysia.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar |
Divisions: | Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA) Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA) |
Depositing User: | Puan Sukmawati Muhamad |
Date Deposited: | 06 Apr 2020 07:26 |
Last Modified: | 09 Apr 2020 02:46 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/46528 |
Actions (login required)
View Item |