Realisasi masa mula bersuara bunyi plosif dalam penghasilan bahasa Ibunda dan bahasa Melayu oleh penutur lelaki Itali

Khairi, Norhaniza Abdul and A.H., Shahidi (2019) Realisasi masa mula bersuara bunyi plosif dalam penghasilan bahasa Ibunda dan bahasa Melayu oleh penutur lelaki Itali. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 82-86. ISBN 9789674614331

[img]
Preview
PDF
Download (674kB) | Preview

Abstract

Kertas penyelidikan ini membentangkan dapatan daripada kajian akustik masa mula bersuara (MMS /VOT) obstruen plosif penutur lelaki Itali yang berbahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Penutur merupakan penutur jati bahasa Itali tetapi berupaya bertutur dalam beberapa bahasa seperti bahasa Inggeris, bahasa Tagalog dan bahasa Melayu Indonesia dengan fasih. Menerusi penggunaan perisian PRAAT (Boersma, 2011) dan analisis spektrografik, kajian ini meneliti MMS bunyi plosif yang dirakam menggunakan perakam digital Sony Stereo IC ICD-PX440. Data bahasa Itali (Bit) dan bahasa Melayu (BM) telah digunakan untuk melihat ciri-ciri akustik yang boleh ditemui dalam dua bahasa berbeza yang dituturkan oleh seorang penutur yang sama. Aspek akustik yang difokuskan ialah MMS bagi bunyi di posisi awal kata. Hasil kajian ini dibandingkan dengan kajian MMS yang telah lepas. Hasil analisis realisasi kontras penyuaraan, subjek menunjukkan nilai plosif tidak bersuara [p,t] ketika menuturkan BIt adalah lebih tinggi berbanding bunyi yang sama ketika menuturkan BM. Bunyi plosif tidak bersuara [k] dalam Bit adalah lebih rendah berbanding BM. Walau bagaimanapun, nilai bunyi plosif bersuara [b,d] dalam BIt dan BM hanya berbeza sedikit sahaja berbanding bunyi [g] yang memaparkan nilai yang sangat tinggi ketika penutur menuturkan data dalam BM. Penutur ini merealisasikan MMS bunyi plosif dalam penghasilan BIt dan BM berkategori SVL lwn. VLd. Dapatan ini turut memperlihatkan kadar getaran pita suara penutur Itali ini adalah berbeza bagi penghasilan bunyi plosif velar bersuara dan tidak bersuara ketika menuturkan Bit dan BM.

Item Type: Book Section
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Divisions: Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 06 Apr 2020 07:18
Last Modified: 09 Apr 2020 02:46
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46527

Actions (login required)

View Item View Item
Share