Etimologi kata kerja Arab-Melayu : satu pengenalan awal

Norhashimi, Mohd Nortaufiq and Ghani, Aniswal Abd and Wahab, Mohd Khaidir Abd. (2019) Etimologi kata kerja Arab-Melayu : satu pengenalan awal. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 52-59. ISBN 9789674614331

[img]
Preview
PDF
Download (762kB) | Preview

Abstract

Bidang etimologi cukup penting dalam bidang linguistik. Pengkajian terhadap etimologi perkataan di Malaysia semakin berkembang hebat, namun tidak ramai sarjana Melayu yang mengkaji mengenainya. Etimologi merupakan sebuah bidang yang berusaha menyusun sejarah bentuk dan makna kata. Justeru, fokus kajian ini adalah untuk menjelaskan cara kemasukan perkataan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu serta mengenal pasti kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab yang hanya terdiri daripada golongan kata kerja. Penelitian terhadap makna bagi setiap kata pinjaman sama ada kekal atau mengalami perubahan juga diberikan perhatian. Kajian ini telah mengaplikasikan pedoman yang telah disarankan oleh James T. Collins serta konsep pengimportan kata oleh Heah. Data kajian diambil daripada kajian yang telah dijalankan oleh R.J Wilkinson, iaitu berdasarkan Kamus A Malay-English (bahagian 1). Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor perdagangan dan penyampaian dakwah merupakan faktor utama yang menyebabkan terserapnya kosa kata Arab ke dalam bahasa Melayu. Kajian ini juga menunjukkan bahawa bahasa Melayu juga banyak meminjam kata kerja daripada bahasa Arab. Setiap peminjaman tersebut banyak yang dikekalkan makna asal perkataan, namun terdapat juga perkataan Arab yang dipinjam masuk ke dalam bahasa Melayu mengalami penyempitan makna. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa peminjaman perkataan daripada golongan kata kerja mencakupi bidang agama dan undang-undang Islam.

Item Type: Book Section
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Divisions: Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 03 Apr 2020 06:20
Last Modified: 09 Apr 2020 02:43
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46522

Actions (login required)

View Item View Item
Share