Predikat terbahagi Bahasa Melayu : tumpuan kepada fungsi gramtid keterangan

Abu, Norsofiah Bakar and Yusoff, Radiah (2019) Predikat terbahagi Bahasa Melayu : tumpuan kepada fungsi gramtid keterangan. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 4-8. ISBN 9789674614331

[img]
Preview
PDF
Download (643kB) | Preview

Abstract

Kajian ini meneliti kedudukan farasa yang berfungsi sebagai keterangan dalam ayat penyata bahasa Melayu, terutamanya ayat tunggal. Data kajian diperoleh menerusi data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini bertitik tolak daripada kekeliruan fungsi gramatis keterangan yang dikemukakan dalam Tatabahasa Dewan (2009) dan Tatabahasa Asas (2012). Dari segi terminologi sintaksis, keterangan merupakan elemen yang bersifat opsyenal, namun dalam contoh yang dikemukakan oleh kedua-dua buku tatabahasa ini menimbulkan isu. Isu pertama, contoh yang dikemukakan tidak menggambarkan ciri fungsi gramatis keterangan dan isu kedua, keterangan berada di kedudukan akhir ayat. Berlandaskan isu yang dikemukakan, objektif kajian ini ialah menganalisis secara deskriptif kedudukan keterangan dalam ayat dan mengemukakan contoh ayat daripada data korpus yang menunjukkan bahawa terdapat unsur keterangan yang berada pada kedudukan awal ayat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat ayat bahasa Melayu yang keterangan dan predikat berada pada awal ayat. Di samping itu, didapati bahawa keterangan tidak semestinya berada dalam predikat, atau predikat tidak semestinya hadir selepas predikat. Predikat terbahagi, iaitu kedudukan keterangan yang berada pada awal ayat menunjukkan bahawa elemen keterangan telah mengalami proses pergerakan. Kajian ini juga berpendirian bahawa isu istilah seperti istilah keterangan perlu diselaraskan dengan konvensi linguistik supaya tidak timbul kekeliruan berkenaan fungsi gramatis keterangan.

Item Type: Book Section
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Divisions: Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 31 Mar 2020 03:37
Last Modified: 09 Apr 2020 02:36
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46514

Actions (login required)

View Item View Item
Share