Perkembangan Dan Penglibatan Politik Anak Muda Malaysia Pasca Reformasi 1998: Tumpuan Universiti Bangsar Utama (Ubu)

Jaharudin, Mohd Hariszuan (2013) Perkembangan Dan Penglibatan Politik Anak Muda Malaysia Pasca Reformasi 1998: Tumpuan Universiti Bangsar Utama (Ubu). Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (325kB) | Preview

Abstract

Tesis ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan penglibatan politik anak muda Malaysia semenjak pra-kemerdekaan sehingga pasca Reformasi 1998 dengan memberi tumpuan khusus kepada kumpulan Universiti Bangsar Utama (UBU). Bahagian awal kajian ini akan menunjukkan bahawa anak muda secara konsisten terlibat secara aktif dalam politik di negara ini – baik yang formal, mahupun tidak. Tesis ini kemudiannya membahaskan bahawa terdapat kemerosotan penglibatan anak muda pada dekad-dekad tertentu kerana kekangan daripada pemerintah dan juga kondisi sosio-politik ketika itu. Namun kemerosotan ini tidak mematikan penglibatan politik anak muda, malah penglibatan anak muda dalam politik mula mengambil bentuk-bentuk yang berbeza. Maka kajian ini kemudiannya menawarkan Universiti Bangsar Utama (UBU) sebagai salah satu bentuk penglibatan anak muda. Tesis ini juga membahaskan bahawa UBU merupakan reaksi terhadap situasi politik dan sosio-ekonomi negara pada masa itu.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Access full text: Off Campus Log In Via OpenAthens
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 11 Feb 2020 02:18
Last Modified: 11 Feb 2020 02:18
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46166

Actions (login required)

View Item View Item
Share