Mohamed, Wafdi Auni
(2017)
Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam Dengan Rujukan Khusus Parti Politik Melayu-Islam Di Malaysia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Konsep kerajaan perpaduan pernah dikemukakan di Malaysia selepas berlakunya ‘tsunami politik’ pada tahun 2008, namun ia tidak terlaksana. Kerajaan perpaduan yang ingin dilaksanakan itu adalah berasaskan permuafakatan politik melalui perpaduan parti-parti politik pro-kerajaan dan pro-pembangkang untuk membentuk kerajaan. Konsep permuafakatan seperti ini pernah dibentuk di beberapa negara di Eropah, Afrika dan Asia. Bahkan telah diaplikasi di negara Muslim seperti Palestin dan Indonesia. Namun, ia masih lagi gagal menyelesaikan konflik dan krisis dalaman negara pengamalnya.
Actions (login required)
|
View Item |