Kesan Pembelajaran Sains Berasaskan Isu Sosiosaintifik Dengan Nilai Islam Ke Atas Sikap, Nilai Murni Dan Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar Sekolah Menengah Tingkatan Empat

Abd. Rahim, Rahimawati (2017) Kesan Pembelajaran Sains Berasaskan Isu Sosiosaintifik Dengan Nilai Islam Ke Atas Sikap, Nilai Murni Dan Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar Sekolah Menengah Tingkatan Empat. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (389kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pembelajaran sains berasaskan isu sosiosaintifik dengan nilai Islam (PSBIS-NI) ke atas sikap terhadap isu sosiosaintifik, nilai murni dan kemahiran berfikir kritis pelajar sekolah menengah tingkatan empat. PSBIS-NI merupakan kaedah pembelajaran sains yang memfokuskan isu sosiosaintifik dengan kesepaduan nilai Islam, dan dilaksanakan dalam situasi pembelajaran sains selepas sekolah. Sebuah modul pembelajaran dibina berasaskan Model Konseptual PSBIS-NI sebagai rujukan untuk intervensi PSBIS-NI. Reka bentuk Pra-eksperimen: Ujian Pra-Ujian Pos Satu Kumpulan digunakan dalam kajian ini. Kesan PSBIS-NI terhadap ketiga-tiga variabel diukur dalam ujian pra, ujian pos dan ujian pos lanjutan.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 19 Sep 2019 01:24
Last Modified: 19 Sep 2019 01:24
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45483

Actions (login required)

View Item View Item
Share