Novel Popular Islami Indonesia Dan Malaysia: Satu Kajian Generik Dan Psikologi Islam

Derak, Rosmah (2013) Novel Popular Islami Indonesia Dan Malaysia: Satu Kajian Generik Dan Psikologi Islam. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (123kB) | Preview

Abstract

Novel popular Islami yang muncul di Indonesia dan Malaysia mutakhir ini telah menggunakan unsur Islam sebagai satu ciri penting di dalamnya. Sejauhmanakah unsur Islam itu mempunyai kedudukan yang penting di dalam novel-novel ini? Apakah ia satu genre yang mempunyai identiti yang tersendiri yang boleh diperikan? Permasalahan-permasalahan ini menjadi satu titik tolak untuk kajian ini dilakukan. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti ciri genre novel popular Islami dengan menggunakan pendekatan generik yang dibangunkan berasaskan teks (struktur luaran dan dalaman) dan konteks iaitu pembaca, penerbit dan pengarang. Objektif kedua iaitu menganalisis genre novel popular Islami Indonesia dan Malaysia untuk meneliti unsur Islam dan komersialisme (unsur sensasi) dalam membentuk genre novel popular Islami ini. Objektif ketiga pula ialah menganalisis pola fitrah manusia yang berkaitan dengan akhlak, akidah dan ibadah dalam novel popular Islami bagi meneliti unsur Islamnya dengan lebih jelas dan sistematik dengan kritikan fitrah. Objektif terakhir iaitu membandingkan novel popular Islami dari Indonesia dan Malaysia dari segi struktur luaran iaitu tajuk, ilustrasi, blurb, tagline dan struktur dalaman seperti tema dan persoalan, watak dan perwatakan, teknik penyampaian dan membandingkan pola fitrah watak dengan kritikan fitrah untuk melihat persamaan dan perbezaan. Bagi mencapai objektif-objektif ini, dua pendekatan digunakan iaitu teori generik dan kritikan fitrah.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > B1-5802 Philosophy (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 06 Aug 2019 02:24
Last Modified: 06 Aug 2019 02:24
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45202

Actions (login required)

View Item View Item
Share