Kajian menentukan masa optimum pengambitan suhu badan melalui kaedah oral dan aksila serta teknik dokumentasi di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan

Ariffin, Raudzah Hj Mohd (2003) Kajian menentukan masa optimum pengambitan suhu badan melalui kaedah oral dan aksila serta teknik dokumentasi di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Other thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Pemonitoran suhu badan amat penting dalam memberi rawatan dan perawatan kepada pesakit. Dengan adanya pemonitoran yang konstan progres rawatan pesakit dapat dilihat dengan lebih jelas. Terdapat pelbagai kaedah untuk mengambil suhu badan. Dalam kajian ini penyelidik telah memilih kaedah oral dan aksila kerana ia merupakan praktis yang menyeluruh di Hospital Universiti Sains Malaysia. Kajian ini bertujuan mendapatkan satu jangka masa yang optimum bagi pengambilan suhu secara oral dan aksila. Keadaan ini berlaku kerana dalam praktis harian terdapat pelbagai masa yang tidak seragam di antara satu sama lain. Selain itu kajian ini bertujuan membandingkan suhu yang direkodkan atau didokumen oleh jururawat di wad dengan data yang diperolehi dari penyelidik di samping menilai teknik dokumentasi yang diamalkan oleh mereka. Reka bentuk kajian adalah jenis kuantitatif yang merupakan satu kajian pemerhatian. Kajian dijalankan di wad 7S, 7U dan 88 HUSM. Seramai enam puluh dua subjek yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada sebelas subjek demam dan lima puluh satu subjek yang tidak demam. Kriteria inklusi ialah sedar diri sepenuhnya dan memberi kerjasama. Kriteria eksklusi pula pesakit tidak sedar diri, alami sawan, inflamasi dalam mulut dan pembedahan oral. Prosedur ini tidak invasif dan menggunakan termometer klinikal yang telah dikalibrasi. Sebelum prosedur dimulakan, kebenaran telah diambil dari pesakit. Kajian rintis telah dilakukan sebelum kajian ini dimulakanbertujuan mengenal pasti kaedah menggoncangkan dan tidak menggoncangkan termometer dan menentukan masa untuk pengambilan suhu secara oral dan aksila bagi setiap subjek. Kajian dilakukan sebaik sahaja jururawat di wad selesai merekodkan suhu yang diambil secara rutin. Setiap kajian dilakukan selama dua belas minit. Data yang diperolehi dianalisiskan dengan menggunakan ANOVA (analysis of variance)"repeated measurement", paired T test, korelasi dan chi square yang terdapat dalam pakej SPSS. Data keputusan yang optimum yang diperolehi bagi pengambilan oral adalah Iapan minit dan aksila adalah sepuluh minit. Purata data yang telah didokumen tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang besar dengan data pada minit dua belas dari penyelidik (37.17 dan 37.12) tetapi teknik merekodkan dari jururawat kurang memuaskan. Walaupun begitu nilai korelasi yang ditunjukkan adalah lemah r = 0. 783, p < 0.00. Keadaan ini lebih jelas dilihat dari frekuensi data yang didokumen oleh jururawat menunjukkan majoriti suhu bagi subjek tidak demam direkodkan di antara 36.9-37.1° C. Anal isis chi square juga menunjukkan perbezaan yang signifikan. Secara kesimpulan, dilihat bahawa masa yang diambil oleh jururawat tidak tepat dan bacaan yang diperolehi menunjukkan bias. lni kemungkinan disebabkan telah dipengaruhi dari bacaan yang direkodkan sebelumnya.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Body temperature regulation
Subjects: R Medicine
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Abdul Hadi Mohammad
Date Deposited: 05 Aug 2019 04:26
Last Modified: 05 Aug 2019 04:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45193

Actions (login required)

View Item View Item
Share