Muthusamy, Thilagavathy
(2003)
lnfeksi trek urinari akibat penggunaan kateter urinari
dikalangan pesakit dewasa di wad medikal
Hospital Universiti Sains Malaysia.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Pengenalan: lnfeksi trek urinari akibat penggunaan kateter urinari (CAUTI)
merupakan infeksi nosokomial yang paling biasa berlaku terhadap pesakit yang
dihospitalisasikan. CAUTI tidak dapat dielakkan. Namun pelbagai kajian telah
be~aya membuktikan penggunaan dan penjagaan kateter urinari dengan terknik
betul dapat mengurangkan kadar kejadianya. (Maki 1981; Wong 2000; Watson
2000; Maki & Tambyah 2001)
Objektif: Satu kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti kejadian CAUTI di
wad medikal, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) serta mengenalpasti
sama ada kejadian CAUTI mempunyai hubungkait dengan penggunaan dan
penjagaan kateter urinari mengikut rutin wad.
Metodologi: Kajian jenis prospektif dan pemerhatian telah dijalankan di Wad
Medikal 7Selatan, 7Utara dan 8 Selatan, HUSM. Seramai 23 orang pesakit yang
dihospitalisasikan di wad medikal tersebut dan baru menjalani prosedur
kateterisasi urinari serta menggunakan kateter urinari secara berterusan untuk
tempoh minima selama lima hari telah dipilih. Pemerhatian telah dilakukan
semasa prosedur kateterisasi urinari terhadap pesakit yang dipilih. Data tentang
penjagaan kateter urinari mengikut rutin wad medikal turut dikumpulkan.
Spesimen urin pesakit yang baru menjalani prosedur kateterisasi urinari diambil
melalui bahagian 'sampling port' pada kateter dengan teknik steril. Penyiasatan
urin dilakukan pada hari pertama pesakit menjalani kateterisasi urinari dan padahari ketiga serta hari kelima selepas menjalani prosedur tersebut. Ujian kultur dan
sensitiviti dilakukan untuk mengenalpasti kejadian CAUTI dan jenis mikroorganisma
yang menyebabkan infeksi. lnfeksi trek urinari didefinisikan sebagai
pengkolonisasian bakteria yang melebihi 1 x 1 05 /ml urin.
Keputusan: Tiga subjek mengalami CAUTI dengan kolonisasi bakteria yang
melebihi 105 cfu/ml urin daripada 23 subjek. Jumlah peratus kejadian CAUTI adalah
13%. Kultur urin pula menunjukkan daripada tiga kes CAUTI tersebut dua kes (8. 7%)
adalah akibat bakteria Escherichia coli (E.co/1) dan satu adalah Candida spp. (4.3%}.
Kesimpulan: Secara kesimpulannya, kajian menunjukkan tiada kejadian CAUTI
yang siginifikan disepanjang kajian. Hubungkait CAUTI dengan penggunaan dan
penjagaan kateter urinari mengikut rutin wad medikal di HUSM tidak dapat
dibuktikan. Kajian akan datang diharap dapat mengambil lebih banyak subjek dalam
tempoh yang sesuai untuk mengenalpasti faktor risiko CAUTI di wad medikal
Actions (login required)
|
View Item |