Kapital Sosial Dan Pemerkasaan Komuniti Nelayan Miskin Di Kabupaten Indramayu Indonesia

Aribowo, Aribowo (2013) Kapital Sosial Dan Pemerkasaan Komuniti Nelayan Miskin Di Kabupaten Indramayu Indonesia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (299kB) | Preview

Abstract

Komuniti tradisional yang mempunyai jalinan sosial yang kukuh mempunyai kuasa untuk menubuhkan kerjasama sosial dalam memajukan masyarakat mereka sendiri, termasuk kemajuan ekonomi tempatan. Masyarakat desa (luar bandar) berdasarkan ciri-ciri khusus, jika dianalisis menggunakan teori rangkaian sosial yang dibangunkan oleh Putnam, boleh difahami sebagai kapital sosial - perpaduan nilai-nilai informal dan norma-norma yang berdasarkan pada kepercayaan, kerjasama dan sebuah siri daripada rangkaian sosial. Kapital sosial sangat berguna untuk sesebuah masyarakat dalam menangani masalah sosial atau dalam usaha memenuhi keperluan mereka. Kajian ini memiliki objektif untuk menerangkan, dan menganalisis: i) profil masyarakat nelayan miskin, ii) kapital sosial yang berasaskan hubungan sosial antara warga komuniti, iii) kapital sosial yang berasaskan hubungan sosial antara warga komuniti yang mempunyai potensi untuk memperkasakan masyarakat untuk menangani masalah kemiskinan, iv) kapital sosial yang berasaskan hubungan sosial antara warga komuniti yang mempunyai potensi untuk mengukuhkan social exclusionism yang boleh melahirkan prasangka negatif kepada orang-orang luar dan boleh menghasilkan konflik, v) membangunkan rancangan model yang dicadangkan untuk mengukuhkan kapital sosial dalam mengurangkan kemiskinan dalam masyarakat nelayan miskin. Kajian ini telah dijalankan dalam komuniti nelayan di Indramayu, Indonesia yang mempunyai semua ciri-ciri yang disebutkan di atas tetapi masih mempunyai pelbagai masalah yang berkaitan dengan kemiskinan.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 24 Jul 2019 07:40
Last Modified: 24 Jul 2019 07:40
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45054

Actions (login required)

View Item View Item
Share