Sulaiman, Mariani
(2004)
Persepsi jururawat dan pesakit terhadap faktor-faktor yang menyebabkan stres dalam kalangan pesakit 01 unit-unit rawatan rapi HUSM.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Penyelidikan tentang persepsi jururawat dan pesakit terhadap faktor-faktor yang
menyebabkan stres ke atas pesakit semasa penempatan mereka di unit-unit
rawatan rapi (ICU) telah pun dilakukan di negara Barat. Jadi, penyelidil<an kali ini
adalah replikasi daripada kajian yang telah dibuat oleh Cochran & Ganong (1989)
dan Comock (1998). Keperluan melakukan kajian ini di ICU HUSM khususnya dan
di Malaysia amnya adalah kerana cabaran di dalam bidang keperawatan pesakit di
hospital-hosp!tal pada niasa kini telah semakin meningkat. Dengan itu sangat
penting bagi jururawat untuk mengenalpasti faktor-faktor penyebab stres ke atas
pesakit, khususnya yang dirawat di ICU di Malaysia. lni adalah kerana ICU
merupakan wad yang dikhaskan bagi merawat pesakit yang berada dalam keadaan
kritikal, di mana ianya adalah tempat yang paling memberikan stres ke atas pesakit
dan juga jururawat itu sendiri.
Sejumlah 80 orang peserta yang terlibat di dalam kajian ini. Mereka adalah 50 orang
jururawat daipada tiga unit rawatan rapi dewasa HUSM dan 30 orang pesakit yang
menepati kriteria penyertaan. Kajian ini dijalankan di unit rawatan rapi umum(GICU),
unit rawatan jan tung koronari(CCU) dan unit rawatan rapi jantung(CICU).
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi jururawat dan pesakit berkaitan dengan
pengalaman mereka terhadap faktor-faktor penyebab stres yang pernah dihadapi
oleh pesakit semasa dirawat di ICU HUSM. lni bagi mengenalpasti faktor penyebab
stres yang sebenar mengikut persepsi pesakit dan seterusnya mengelakkan
jururawat membuat persepsi yang salah, sehingga menyebabkan jagarawatan yang
tidak sepatutnya dilakukan ke atas pesakit.Keputusan kajian yang dijalankan di 3 unit rawatan rapi dewasa HUSM ini
mendapati bahawa persepsi jururawat dan pesakit terhadap faktor-faktor penyebab
stres ke atas pesakit kebanyakannya sama, tetapi ada perbezaan yang ketara dari
aspek kedudukan faktor-faktor dan juga intensiti tahap skor yang dibuat oleh keduadua
kumpulan peserta. Jururawat lebih memberi tahap skor 'stres' hingga 'sangat
stres' dan lebih tertumpu kepada faktor-faktor yang mereka boleh atasi dengan
intervensi perawatan. Contohnya 'Berada dalam kesakitan' dan 'Tidak dapat
bemafas'. Berbeza dengan pesakit di mana kebanyakan pesakit memberi tahap
skor tidak 'stres' hingga 'sedikit stres' dan lebih memilih faktor-faktor yang berkaitan
dengan ketidakselesaan iaitu 'Tidak dapat bercakap', 'Tiub di dalam hidung dan
mulut' dan 'Semasa sedutan kahak'.
Daripada keputusan kajian, hanya 4 faktor penyebab stres ke atas pesakit yang
sebenar yang boleh dikenalpasti secara tepat oleh jururawat. Tetapi masih ada
perbezaan persepsi dari aspek intensiti tahap skor antara kumpulan jururawat dan
kumpulan pesakit bagi faktor-faktor penyebab stres yang lain. lni menunjukkan
masalah perbezaan persepsi tahap skor jururawat dan pesakit terjadi secara
menyeluruh, iaitu tidak bergantung kepada faktor budaya atau tempat kajian
dijalankan.
Actions (login required)
|
View Item |