Tahap sokongan perawatan dl bilik bersalin Hospital Universiti Sains Malaysia terhadap ibu-ibu semasa proses kelahiran

Said, Rokiah (2003) Tahap sokongan perawatan dl bilik bersalin Hospital Universiti Sains Malaysia terhadap ibu-ibu semasa proses kelahiran. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

LATAR BELAKANG: Melahirkan anak merupakan pengalaman yang bermakna bagi setiap wanita. Tanpa sokongan perawatan yang berkesan oleh jururawat yang menjaga mereka, "progress" kelahiran akan terbantut kerana tekanan perasaan yang dialami oleh kebanyakan wanita yang berada dalam proses melahirkan anak. Tekanan perasaan wujud adalah disebabkan takut dan bimbang menghadapi saat melahirkan kerana pelbagai andaian yang timbul dalam fikiran wanita bersalin ketika melalui saat melahirkan anak.Tambahan pula pada saat tersebut, wanita-wanita bersalin berada dalam keadaan yang tidak berdaya dan amat memerlukan bantuan dari segi emosi, fizikal dan mental. Empat kategori soalan mengenai sokongan perawatan telah digunakan untuk tujuan mengenalpasti tahap sokongan perawatan yang diperlukan oleh wanita bersalin dan sejauh mana ianya telah dipraktiskan oleh jururawat di bilik bersalin Hospital Universiti Sains Malaysia.OBJEKTIF: Untuk menilai tahap sokongan perawatan terhadap wanita-wanita semasa proses melahirkan anak di bilik bersalin dan mengenalpasti samada proses sokongan perawatan yang diamalkan selama ini menepati keperluan emosi, fizikal dan sosial wanita-wanita bersalin. METODOLOGI: Kajian dilakukan secara prospektif di Wad 2 Topaz Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Seramai 60 orang ibupostnatal terlibat d a lam kajian ini. Kesemua sam pel a dalah terdiri dari wanitawanita yang telah melepasi 24 jam tempoh bersalin secara SVD (spontaneous vertex delivery) t anpa m engalami s ebarang k omplikasi k elahiran atau masalah perubatan yang lain. KEPUTUSAN: Pada keseluruhannya tahap sokongan perawatan yang diaplikasikan selama ini tidak mencapai tahap seperti yang sepatutnya diterima dan diperlukan oleh wanita bersalin, terdapat ramai wanita yang masih tidak berpuashati dengan sokongan perawatan yang mereka terima. KESIMPULAN: Tahap sokongan perawatan di bilik bersalin HUSM belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan, walaupun sokongan perawatan selama ini memang di praktiskan oleh petugas-petugas bilik bersalin di situ. Tetapi kebanyakan wanita bersalin masih kurang berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan berdasarkan hasil keputusan penyelidikan ini secara keseluruhannya.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Obstetrics
Subjects: R Medicine > RG Gynecology and obstetrics
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Abdul Hadi Mohammad
Date Deposited: 10 Jul 2019 04:15
Last Modified: 22 Oct 2020 03:03
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/44947

Actions (login required)

View Item View Item
Share