Sharep, Khairin and Lee, Nazirah
(2017)
Konsep "Pembangunan Masyarakat" Dalam Kalangan Masyarakat Melayu 1970-1990an
Satu Cerapan Awal Kepada Media Massa Terbitan Al-Arqam.
In:
Persidangan Nasional Sejarah Dan Sejarawan Malaysia 2017 Memperkasa Sejarah Nasional Dalam Melestarikan Pembanggunan Negara.
Universiti Sains Malaysia, pp. 161-172.
Abstract
Pelancaran Dasar Ekonomi Baru mulai 1970 sehingga 1990 menjadikan
pembangunan dan kemajuan masyarakat sebagai isu penting dalam masyarakat
sepanjang tempoh berkenaan. Makalah ini menumpukan kepada konsep pembangunan
masyarakat yang diterapkan dalam gerakan Al-Arqam kerana gerakan ini mempunyai
latar belakang dan perkembangan yang berbeza berbanding gerakan yang muncul
dalam masyarakat Melayu ketika itu. Justeru, makalah ini menganalisis apakah
konsep pembangunan yang diterapkan dalam kalangan Al-Arqam dan bagaimanakah
respon kumpulan tersebut kepada perlaksanaan dasar berkaitan pembangunan
ekonomi dan masyarakat dalam tempoh berkenaan. Perbincangan dalam makalah ini
adalah berdasarkan kepada cerapan kepada akhbar dan majalah yang diterbitkan oleh
kumpulan Al-Arqam sgpanjang tempoh kajian. Ia memberikan gambaran tentang
tanggapan mereka konsep "pembangunan masyarakat" yang seringkali dikaitkan
dengan prinsip-prinsip yang ada dalam ajaran Islam. cerapan dan perbincangan dalam
makalah ini diharap akan menlumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam
tentang peranan Islam dalam pembangunan masyarakat Melayu di Malaysia.
Actions (login required)
|
View Item |