Ajaran Taslim Manifestasi Krisis Kepercayaan Masyarakat Melayu

Manaf, Azmah Abd (2017) Ajaran Taslim Manifestasi Krisis Kepercayaan Masyarakat Melayu. In: Persidangan Nasional Sejarah Dan Sejarawan Malaysia 2017 Memperkasa Sejarah Nasional Dalam Melestarikan Pembanggunan Negara. Universiti Sains Malaysia, pp. 94-115.

[img]
Preview
PDF
Download (12MB) | Preview

Abstract

Sejarah penerimaan Islam orang Melayu berlaku berabad-abad lamanya biarpun tarikh tepat tidak dapat ditentukan begitu juga dengan pihak yang bertanggungiawab memperkenalkan Islam kepada Dunia Melayu. Yang jelas, orang Melalyu tidak sukar untuk menenerima agama baharu ini mentelah lagi kaum pemerintah antara yang peftama memeluk Islam. Berdasarkan catatan sejarah, kepercayaan dan warisan sebelum Islam tidak ditinggalkan sepenuhnya oleh masyarakat Melay'Lr walaupun mereka telah mengucap syahadah sebaliknya ia menjadi bertambah subur dengan berkembangnya ilmu tasawwuf. Sinkretisme; istilah yang digunapakai bagi merujuk kepada amalan Islam masyarakat Melayu yang bercampuraduk dengan adat dan kepercayaan warisan tempatan berterusan hingga ke abad ke 20. Dalam keadaan kecelaruan begifu, masyarakat Melayu Islam mudah terpengaruh dengan ajaranajaran yang bernafaskan Islam tetapi pada hakikatnya ia menyimpang. Sejarah mencatatkan betapa banyaknya muncul ajaran-ajaran sebegini rupa yang mampu mengumpul pengikutpengikutnya dalam kalangan masyarakat Mela1u. Ajaran Taslim merupakan salah satu daripada ajaran yang sedemikian. Ajaran Taslim merupakan antara ajaran serpihan Islam yang muncul pada akhir abad ke 19 dan berkembang sehingga abad ke 20 di Pulau Pinang. Kertas ini berhasrat untuk mengupas permasalahan kepercayaan masyarakat Melayu dalam beragama dengan merujuk kepada ajaran Taslim sebagai contoh.

Item Type: Book Section
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > D1-2027 History (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Book Section/Chapter
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 10 Jul 2019 01:29
Last Modified: 10 Jul 2019 01:29
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/44942

Actions (login required)

View Item View Item
Share