Penulisan Sejarah Negeri Pahang

Ahmad, Abu Talib (2017) Penulisan Sejarah Negeri Pahang. In: Persidangan Nasional Sejarah Dan Sejarawan Malaysia 2017 Memperkasa Sejarah Nasional Dalam Melestarikan Pembanggunan Negara. Universiti Sains Malaysia, pp. 20-48.

[img]
Preview
PDF
Download (18MB) | Preview

Abstract

Siri sejarah negeri oleh Buyong Adil merupakan penulisan sejarah negeri paling terkenal sehingga kini. Walaupun popular siri ini tidak lagi memadai kerana ketiadaan perbincangan mendalam tentang perkembangan selepas merdeka selain gagal mengambilkira kemajuan penyelidikan dalam pelbagai bidang seperti arkeologi sejak 40-50 tahun yang lalu. Tumpuan esei ini ialah kepada penulisan semula sejarah negeri Pahang dengan perbincangan dipecah kepada empat bahagian iaitu sejarah negeri yang terdapat di Malaysia, isu-isu dalam penulisan sejarah negeri Pahang, sumber untuk penulisan sejarah negeri dan aspek sejarah yang perlu dimasukkan ke dalam penulisan sejarah negeri sebelum 1941, untuk tempoh 1942- 57 dan selepas 1957. Namun huraian ianjut hanya dibuat kepada sejarah negeri sebelum 1941 dengan fokus kepada Orang Asli, Hukum Kanun Pahang dan masyarakat sebelum kurun ke-19, perkembangan pertanian padi antara 1888-1941 serta banjir dan pertanian. Dari segi sumber rujukan dibuat kepada laporan tahunan Pahang antara 1888-1939, Hukum Kanun Pahang dan lain-ain.

Item Type: Book Section
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > D1-2027 History (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Book Section/Chapter
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 09 Jul 2019 07:34
Last Modified: 09 Jul 2019 07:34
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/44933

Actions (login required)

View Item View Item
Share