Md Zan, Zainal
(2012)
Keberkesanan Pelaksanaan 'Local Agenda 21' Di Malaysia : Kajian Kes Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pulau Pinang.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
‘Local Agenda 21’ iaitu inisiatif yang terhasil daripada Persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro (1992), menekankan peranan pihak berkuasa tempatan dalam pembangunan mampan di peringkat tempatan. Di Malaysia, program ini telah dimulakan pada tahun 2000 dengan melibatkan empat pihak berkuasa tempatan sebagai projek perintis. Sehingga kini, pelaksanaan LA21 telah berkembang hampir ke seluruh pihak berkuasa tempatan di Malaysia. Namun, kajian-kajian menunjukkan terdapat beberapa isu timbul dalam pelaksanaan LA21 yang pastinya memberi impak kepada matlamat LA21. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai impak program LA21 dan keberkesanan Majlis Perbandaran Seberang Perai serta pihak-pihak berkepentingan lain memainkan peranan dalam pelaksanaan LA21.
Actions (login required)
|
View Item |