Man, Sharmili
(2012)
Aplikasi Sistem Maklumat Geografi Dan Kaedah Penilaian Pelbagai Kriteria Dalam Perancangan Pembangunan Semula Bandar Butterworth, Pulau Pinang.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Perbandaran yang pesat telah menimbulkan pelbagai masalah seperti kesesakan lalu lintas, peningkatan harga tanah secara mendadak, kewujudan kawasan setinggan, percanggahan guna tanah dan rebakan bandar. Justeru, ianya mendorong kepada penghijrahan penduduk bandar ke kawasan pinggir bandar dan menyebabkan bandar sedia ada menjadi usang disebabkan kawasan bandar tersebut mengalami pengurangan aktiviti ekonomi dan sosial ekoran kekurangan penduduk. Oleh hal yang demikian, perancangan pembangunan semula bandar perlu dilaksanakan dengan mengenal pasti satu aktiviti yang dapat menjana semula ekonomi bandar atau membangunkan bandar.
Actions (login required)
|
View Item |