Perkhidmatan Pelanggan Elektronik Di Malaysia: Penerimaan Aplikasi “E-Aduan” Dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan Di Empat Kawasan Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan

Ahmad, Abdul Majeed (2012) Perkhidmatan Pelanggan Elektronik Di Malaysia: Penerimaan Aplikasi “E-Aduan” Dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan Di Empat Kawasan Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (243kB) | Preview

Abstract

Beberapa kajian terutamanya berkaitan dengan “E-Dagang” dan Perbankan Internet dijalankan untuk melihat impak penerimaan ICT oleh pengguna berteraskan persekitaran dalam talian di organisasi yang berbeza. Namun, tidak ada kajian memfokus kepada sistem penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutama kajian penerimaan teknologi komunikasi baru, iaitu aplikasi dalam talian “E-Aduan”. “E-Aduan” merupakan aplikasi perkhidmatan pelanggan dalam talian yang dapat memperihalkan isu-isu berkaitan tingkah laku pengaduan pengguna yang berkait langsung dengan persoalan tingkah laku dan komunikasi manusia. Pada masa sama ia berupaya mengukur kecekapan organisasi, mengendalikan pengurusan aduan sebagai teras utama perkhidmatan pelanggan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang dapat mempengaruhi niat pengguna untuk menerima aplikasi E-Aduan PBT. Dalam kajian ini,

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 01 Jul 2019 02:01
Last Modified: 01 Jul 2019 02:01
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/44774

Actions (login required)

View Item View Item
Share