Din@ Parok, Syarifah Farizzah Syed
(2003)
Masalah dalam transportasi neonat.
Other thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti sebab transportasi dan masalah
yang dihadapi dalam transportasi. Kajian secara deskriptif ini, telah dilakukan di
Unit Rawatan Rapi Neonat (NICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),
Kelantan. Sebanyak 40 sampel bayi sakit yang dimasukkan ke NICU telah di
ambit secara 'convenient sample', selama dua bulan jangka masa kajian.
Senarai semakan telah diberi kepada kakitangan kesihatan yang mengiringi bayi
tersebut dan soalan secara terus (direct question) telah diberi bagi mendapatkan
data yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi semasa transportasi.
Hasil dari analisa kajian ini mendapati daripada 40 bayi sakit yang
dipindah masuk, seramai 29 (72.5%) dilahirkan di wad bersalin HUSM dan 11
(27.5o/o) pula dilahirkan di hospital lain sama ada di Kelantan dan Terengganu.
Didapati purata umur gestasi ialah 36.5 minggu Oulat 28-42 minggu) dan purata
berat kelahiran ialah 2.72 kilogram Gulat 1.0-5.0 kilogram). Secara keseluruhan,
purata umur bayi sakit mula di pindah masuk atau ditransportasi adalah 377.6
minit Oulat 4 - 7055 minit). Bagi pindah masuk secara intrahospital, sebab utama
kemasukan adalah untuk pemerhatian (79.3%), manakala secara interhospital,
sebab utama kemasukan adalah untuk diberi bantuan ventilasi mekanikal
(81.8%). Dalam pindah masuk intrahospital pula, di dapati sebanyak 17 (58.6%)
terdiri daripada bayi matang dan 12 (41.4o/o) ialah bayi pramatang, berbeza
dengan pindah masuk secara interhospital iaitu 7 (63.6%) adalah bayi pramatang
dan 4 (36.4°/o) adalah bayi matang. Kebanyakan bayi yang dipindah masuk telah
diiringi oleh jururawat dan attenden (47. o/o). Sebanyak 11 pesakit yang dipindahmasuk telah diintubasi, didapati 2 {5.5o/o) daripadanya telah mengalami 'dislodge'
tiub endotrakeal ketika tiba di NICU. Lapan kes yang mempunyai tusukan
umbilikal, 1 {12.5%) daripadanya didapati telah 'dislodge'. Sebanyak 1 {8.3 %)
bayi telah masuk dengan mempunyai tusukan intravena yang telah
membengkak. Juga 6 {15%) bayi telah mengatami hipoglisema dan 8 {20o/o) bayi
telah mengalami suhu kurang dari 36°C semasa tiba di NICU. Kebanyakan kes
yang dilaporkan, telah berlaku pada bayi yang dipindah masuk dari hospital
yang merujuk.
Banyak masalah masih berlaku dalam tempoh pindah masuk bayi baru
lahir ke NICU, HUSM. Tindakan mempertingkatkan kemudahan dan kemahiran
transportasi adalah perkara panting yang perlu diberi perhatian di Kelantan.
Actions (login required)
|
View Item |