Nur, Muhammad
(2018)
Prasejarah Gua Tenggera Dan Gua Anabahi, Konawe Utara, Sulawesi Tenggara, Indonesia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan mengetahui prasejarah Gua Tenggera dan Anabahi dari segi fasa budaya, fungsi tapak, lukisan gua, teknologi dan fungsi artifak batu/tulang, persekitaran dan diet, teknologi dan fungsi tembikar, pengebumian di tapak Gua Tenggera serta hubungan prasejarah Konawe Utara dengan prasejarah Sulawesi dan Asia Tenggara. Kaedah kajian melibatkan survei dan ekskavasi arkeologi, kajian etnoarkeologi, analisis saintifik, kajian perbandingan dan interpretasi arkeologi. Hasil penyelidikan mendapati bahawa Gua Anabahi memiliki dua fungsi dan fasa budaya, (i) sebagai tempat ritual pada Zaman Paleolitik Akhir dan (ii) sebagai tempat pengebumian pada Zaman Protosejarah.
Actions (login required)
|
View Item |