Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan Di Negeri Kedah, 1909-1941

Arikrishnan, Sankar (2018) Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan Di Negeri Kedah, 1909-1941. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (808kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau Perkembangan Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan di negeri Kedah sejak 1909 sehingga 1941. Dalam hal ini kajian ini menilai sejauh manakah peranan dan sumbangan British dalam membangunkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Kedah antara 1909 hingga 1941. Selain pihak British, golongan kerabat diraja, pembesar dan penghulu turut ditonjolkan dalam kajian ini kerana pihak pentadbir tempatan inilah yang telah memperkenalkan dan menggerakkan perkhidmatan kesihatan dan perubatan moden di Kedah sebelum campur tangan British secara rasmi di negeri itu pada tahun 1909. Perkhidmatan perubatan dan kesihatan moden ini, walau bagaimanapun, lebih dinikmati oleh golongan kerabat diraja berbanding masyarakat tempatan yang masih tebal dengan amalan perubatan tradisional.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 15 Apr 2019 06:38
Last Modified: 15 Apr 2019 06:38
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/44080

Actions (login required)

View Item View Item
Share