Nor, Norlizawati Md.
(2018)
Sastera Melayu Zaman Peralihan Hindu- Islam: Satu Kajian Terhadap Hikayat Shamsu’l Bahrain.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Tesis ini membincangkan Hikayat Shamsu’l Bahrain sebagai sebuah karya sastera Melayu zaman peralihan Hindu-Islam telah menjadikan bukti kukuh wujudnya kerajaan Beruas. Kajian ini berpusatkan kepada manuskrip Hikayat Shamsu’l Bahrain (Maxwell 3) yang tersimpan di School of Oriental and African Studies, London. Hikayat Shamsu’l Bahrain (Maxwell3) adalah sebuah naskhah yang berhubung kait dengan sejarah awal kerajaan Gangga Negara di Beruas seperti yang diperkatakan oleh R.O Winstedt (1934)
dan J. C Bottom (1965). Dalam konteks ini, kajian bermatlamat untuk mengetengahkan Hikayat Shamsu’l Bahrain sebagai sumber yang dapat dihubungkaitkan dengan sejarah
awal kerajaan Beruas.
Actions (login required)
|
View Item |