Tasamuh Dalam Undang-Undang Jenayah Islam: Satu Kajian Terhadap Persepsi Pelajar-Pelajar Bukan Islam Di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (Ipta) Di Malaysia

Hussin, Zul-Kifli (2013) Tasamuh Dalam Undang-Undang Jenayah Islam: Satu Kajian Terhadap Persepsi Pelajar-Pelajar Bukan Islam Di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (Ipta) Di Malaysia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (532kB) | Preview

Abstract

Kajian ini membincangkan nilai-nilai tasamuh dan persepsi pelajar-pelajar bukan Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terhadap undang-undang jenayah Islam. Signifikan kajian ini adalah kerana undang-undang jenayah Islam sering dilihat dari aspek hukumannya sahaja. Manakala aspek-aspek tasamuhnya jarang diketengahkan. Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan bukan Islam terhadap undang-undang jenayah Islam. Justeru, kajian ini mengandungi tiga objektif utama. Pertama, menjelaskan konsep tasamuh secara umum. Kedua, membuktikan bahawa wujudnya nilai-nilai tasamuh dalam undang-undang jenayah Islam. Ketiga menganalisis persepsi pelajar bukan Islam terhadap nilai-nilai tasamuh undang-undang jenayah Islam. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif tersebut, dua kaedah pengumpulan data digunakan, iaitu data primer dan data sekunder. Data sekunder dilakukan untuk mendapatkan nilai-nilai tasamuh dalam undang-undang jenayah Islam melalui kajian kepustakaan yang melibatkan hukuman ke atas kesalahan riddat (murtad), syurb al-khamr (minum khamar), zina, qadhf (melempar tuduhan palsu), sariqat (pencurian), hirabat (rompakan) dan al-baghy (pemberontakan). Data primer pula diperoleh melalui temu bual bersama pakar dan soal selidik ke atas responden. Dalam menentukan responden, kaedah persampelan bertujuan digunakan. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan analisis deskriptif.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 11 Apr 2019 05:25
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/44038

Actions (login required)

View Item View Item
Share