Bujeng, Velat
(2013)
Diet Prasejarah Masyarakat Pada Zaman Akhir Pleistosen Akhir Hingga Holosen Di Sarawak Dan Sabah Dari Perspektif Arkeozoologi.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Penyelidikan ini memfokuskan kepada sisa fauna vertebrata dari lapisan kebudayaan akhir
Pleistosen Akhir hingga Holosen iaitu merangkumi sampel berusia 32,600±210 BP hingga
2,000 BP di Sarawak dan Sabah. Sampel arkeozoologi yang dianalisis adalah dari hasil
ekskavasi terbaru (Gua Kain Hitam B, Bukit Tengkorak, Bukit Kamiri dan Melanta Tutup)
dan ekskavasi terdahulu (Lobang Angus, Gua Sireh, Agop Atas, Agop Sarapad, Hagop Bilo
dan Pulau Balambangan) dari tapak di Sarawak dan Sabah. Tujuan kajian ialah untuk
menyelesaikan isu, masalah dan persoalan-persoalan yang mencakupi a) spesies fauna
vertebrata dan diet prasejarah, b) aktiviti subsisten dan adaptasi, c) strategi dan amalan
memburu dan d) modifikasi sisa fauna. Metod yang diaplikasi melibatkan kerja lapangan
(persampelan, konservasi dan analisis lapangan), analisis makmal (konservasi, anatomi,
taksonomi dan tafonomi) dan analisis statistik (TNF, NISP dan MNI). Data-data tersebut
digabungkan untuk membentuk interpretasi mengenai diet prasejarah dari perspektif
arkeozoologi. Hasil analisis anatomi dan taksonomi menunjukkan pelbagai spesies haiwan
dikenalpasti wujud dan telah dieksploitasi sebagai sumber diet pada zaman akhir Pleistosen
Akhir hingga Holosen. Contohnya, primat (Orang-Utan Pongo pygmaeus), roden (landak
Hystrix brachyura), karnivor (musang Paradoxurus sp.), Pholidota (tenggiling Manis
javanica), Perissodactyla (badak Rhinoceros sondaicus), Artiodactyla (rusa Cervus sp.),
unggas (ayam hutan Gallus sp. dan helang Spizeatus sp.), reptilia (Geoemydidae,
Trionychidae dan Cheloniidae) dan ikan air tawar serta ikan marin.
Actions (login required)
|
View Item |