Penanganan Masalah Pelarian Rohingya Di Malaysia Dalam Konteks Hybrid Peace Dan Pendekatan Multi-Track

Khairi, Aizat (2018) Penanganan Masalah Pelarian Rohingya Di Malaysia Dalam Konteks Hybrid Peace Dan Pendekatan Multi-Track. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (605kB) | Preview

Abstract

Kajian ini menganalisis penanganan masalah pelarian Rohingya di Malaysia menggunakan kerangka yang dibina berdasarkan idea hybrid peace dan pendekatan multi-track. Persoalan utama dalam kajian ini adalah bagaimanakah masalah pelarian Rohingya ditangani di negara ini? Siapakah aktor-aktor yang terlibat? Apakah peranan dan inisiatif yang mereka lakukan untuk menangani masalah pelarian Rohingya? Bagaimanakah kerjasama antara aktor-aktor yang terlibat boleh membantu menangani isu pelarian Rohingya di Malaysia dengan lebih baik dan komprehensif? Bagi menjawab persoalan kajian ini, kaedah penyelidikan berteraskan kualitatif digunakan untuk mendapatkan data sekunder dan primer.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 08 Apr 2019 07:03
Last Modified: 12 Apr 2019 05:24
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/43956

Actions (login required)

View Item View Item
Share