Mohamad, Shamsu
(2013)
Penambahbaikan Atap Singgora Dari Aspek Bahan Gunaan Dan Reka Bentuk.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Tesis ini mengkaji tentang atap tanah liat iaitu singgora. Sejarah awal
menjelaskan bahawa teknologi pembuatan atap singgora dibawa masuk ke Songkla oleh
para pedagang Cina pada abab ke-16. Selain Songkla, perusahaan atap singgora telah
berkembang dengan pesat sehingga ke negeri Kelantan dan Terengganu. Atap singgora
digunakan secara meluas dalam seni bina tradisi masyarakat Melayu, Thai dan Cina
Peranakan. Seni bina tradisi yang dimaksudkan ialah rumah, wakaf, masjid, wat Buddha,
pintu gerbang, dan makam. Perusahaan tradisi ini semakin pupus, sehingga kini masih
terdapat sebuah perusahaan dari Kampung Pengkalan Baru, Bachok (KPBB) yang masih
beroperasi. Pemasalahan kajian ini bertitik tolak dari kelemahan produk atap singgora
yang mudah pecah apabila ditimpa oleh ranting kayu, daun kelapa dan sebagainya.
Haiwan, dan angin kencang merupakan di antara punca yang menyebabkan berlaku
kerosakan dan anjakan di sebabkan saiznya yang kecil dan nipis. Oleh yang demikian,
matlamat utama penyelidikan ini adalah bagi mencari solusi dalam memperbaiki
kelemahan atap singgora seperti yang telah maklum. Ini dapat dicapai dengan
meningkatkan kekuatan tanah liat atap singgora dan cara susun atur yang lebih
ekonomikal. Oleh yang demikian, penambahbaikan bukan sekadar menumpukan kepada
aspek estetika semata. Metodologi penyelidikan ini menggunakan kaedah campuran iaitu
penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Data-data kualitatif berkenaan atap singgora
berkisar tentang sejarah, proses pembuatan, dan evalusi prototaip. Segala maklumat
diperolehi melalui temubual, pemerhatian dan bahan bertulis. Bagi penyelidikan
kuantitatif, data-data diperolehi melalui beberapa kaedah uji kaji; MOR, XRF, XRD,
SEM dan uji kaji fizikal bahan tanah liat. Untuk uji kaji tekanan lentur, MOR merupakan
instrumen utama yang paling banyak digunakan bagi menguji kekuatan tanah liat.
Berdasarkan keputusan keseluruhan ujikaji MOR, terbukti fomurla yang menggunakan
litium karbonat mencatatkan kekuatan yang paling tinggi berbanding bahan lain. Secara
ringkasnya, melalui reka bentuk baru dan menambah kekuatan atap singgora. ia akan
terus relevan dalam seni bina Negara pada abab 21.
Actions (login required)
|
View Item |