Nurmaini, Nurmaini
(2013)
Penglibatan Komuniti Dalam Pengawalan Denggi
Di Tanah Tinggi Kota Binjai, Sumatera Utara,
Indonesia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini berkaitan dengan penglibatan komuniti dalam pengawalan denggi di
Tanah Tinggi Kota Binjai, Sumatera Utara, Indonesia. Masalah denggi merupakan
satu masalah kesihatan yang membimbangkan di Kota Binjai. Usaha pengawalan
secara berleluasa telah banyak dilakukan oleh jabatan kesihatan, tetapi setiap tahun
kes denggi dalam kalangan masyarakat semakin meningkat. Kajian ini memfokus
kepada beberapa persoalan utama yang meliputi sejauhmana pengetahuan, persepsi
dan amalan (kader, tokoh masyarakat, dan komuniti) mengenai penyakit denggi;
memahami permasalahan sosial berkaitan dengan denggi; meninjau strategi-strategi
dalam penyelidikan bagi pengawalan denggi; serta mendapatkan cadangan yang
boleh dikongsikan untuk mengawal denggi dalam komuniti. Kajian kualitatitif ini
telah melibatkan 25 informan, dan data telah diperolehi melalui temubual mendalam,
pemerhatian dan perbincangan kumpulan fokus. Penemuan kajian telah mendapati
bahawa hampir kesemua responden mempunyai pengetahuan dan persepsi yang agak
baik mengenai penyakit denggi. Walau bagaimanapun, amalan pembanterasan
jentik-jentik dan nyamuk dewasa masih di tahap yang rendah kerana masih terdapat
banyak pembiakan jentik-jentik di tempat-tempat yang ditinjau. Antara
permasalahan yang menyumbang kepada pembiakan jentik-jentik ini adalah
disebabkan oleh kepadatan penduduk, kekurangan penglibatan masyarakat dalam
aktiviti pembanterasan denggi serta mobiliti penduduk yang tinggi. Malah kesemua
permasalahan ini boleh menyumbang kepada peningkatan penyakit denggi.
Actions (login required)
|
View Item |