Mahfood, Siti Zahrah
(2018)
Kedudukan Politik Dan Sosioekonomi Masyarakat Melayu Dalam Akhbar Dan Majalah Terbitan Negeri Johor Sebelum Perang Dunia Kedua.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Tumpuan utama kajian ini adalah meneliti kedudukan politik dan sosioekonomi orang Melayu dalam akhbar dan majalah terbitan negeri Johor sebelum Perang Dunia Kedua. Selain meneliti faktor-faktor yang menjadikan Johor signifikan dalam kegiatan persuratkhabaran dan majalah sebelum Perang Dunia Kedua, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis isu-isu berhubung kedudukan politik dan sosioekonomi orang Melayu yang dibahaskan dalam akhbar dan majalahterbitan negeri Johor dalam tempoh kajian. Kajian ini juga bertujuan meneliti isuisu
tentang wanita yang dibangkitkan oleh majalah wanita keluaran negeri itu
khususnya Bulan Melayu dari tahun 1930 hingga 1941.
Actions (login required)
|
View Item |